SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA 2....

Sinopsis SR: 

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.

“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”

Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!

Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.

“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!

“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”

Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.

“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.

Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!

“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.

“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.

“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.

“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”

Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha. 


SINOPSIS SAYA:

tolong sediakan tisu siap2 sebelum baca novel ni.....

Faizal yang baru keluar dari penjara mula merancang untuk mengenakan Syed Aizril dengan skim pelaburan,dan Syed Aizril menggunakan duit syarikat untuk join pelaburan tu.
Sebaik sahaja SYED ABBAS tahu, SYED ABBAS mengamuk dengan SYED AIZRIL tapi di sebabkan Syed Aizril ni ego, dia rela bergaduh dengan ayah dia sehingga sanggup putuskan hubungan diorang anak beranak.

Kerana ego juga dia dah berjanji untuk bayar semua duit syarikat yang dia dah guna tanpa pertolongan SYED ABBAS sehingga dia terpaksa jual rumah, share dan kereta.

Syed Aizril kembali menjadi lelaki yang panas baran dan selalu merendahkan Aleya dan family Aleya turut dihina.

Bila Aleya disahkan mengandung, Syed Aizril sanggup suruh Aleya gugurkan kandungan dia dan tak mengaku tu anak dia kalau Aleya still nak lahirkan baby tu.

Datin Sharifah Rosnah pula bila tahu je Syed Aizril hidup susah, dia buat plan untuk pisahkan Syed Aizril dan Aleya . Dia bagi duit untuk Syed Aizril mulakan business baru dan dia kenalkan Syed Aizril dengan anak saudara dia yang kaya, Sharifah Azreen yang suka dekat Syed Aizril. Bermula dari Sharifah Azreen ni la Syed Aizril jadi makin teruk sampai sanggup halau Aleya keluar dari  dari rumah dan pisahkan Aleya dari anak dia Dania,Darwin dan Danny.

Hanya sebab tak nak hidup susah, Syed Aizril sanggup ikut sahaja kemahuan Sharifah Azreen sehingga Syed Aizril jadi punca kematian anak dia sendiri Danny. Lepas Danny meninggal barulah Syed Aizril insaf tapi bukan mudah dia nak tebus kesalahan dia pada Aleya, ibubapa Aleya dan Syed Abbas





Share on Google Plus

About DD MEZZ

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment