BAHAYA UBAT KURUS


Hai alls....

Macam yang kita tahu, ramai yang mencuba pelbagai cara untuk kurus dan ramai yang mengambil jalan singkat dengan memakan UBAT KURUS.

Berdasarkan pengalaman seorang rakan saya sendiri pernah mencuba 3 jenis ubat kurus yang dibeli secara online.

Sewaktu mencuba ubat kurus yang pertama F***** **, memang dia turun beberapa kilo dalam masa 3 minggu dan dia sendiri mampu mengawal selera makan kerana ubat ni mampu mengawal selera makan penggunanya.
Sewaktu menggunakan produk kedua B*** ****,kesannya turut sama dengan ubat kurus yang pertama.
Bagi produk kurus yang ketiga pula adalah kopi kurus V**, dia hanya minum 2 peket sahaja, jadi tidak pasti akan kesannya.

Pasti anda tertanya2 kenapa dia berhenti menggunakan produk2 kurus ini.
Ini di sebabkan semua produk ini mempunyai dadah sibutramine .

Mujur rakan saya sempat berhenti sebelum dia menggunakan setiap ubat tersebut lebih dari sebotol. Namun, dia disahkan mempunyai darah tinggi walaupun baru umur 21 tahun. Tapi selepas berhenti , tidak lama lepas tu dia check tekanan darahnya dah kembali normal.

Jadi saya nak nasihatkan supaya jangan tergoda dengan ubat kurus yang dijual secara online walaupun murah harganya dan yang tiada kebenaran KKM, ini akan membahaya dan memudaratkan diri sendiri .

Selalulah bersenam,banyakkan minum air putih dan makan buah-buahan & sayuran.

Share on Google Plus

About DD MEZZ

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment