SINOPSIS NOVEL 'ISTERI TAK DIJANGKA'





Waktu mula-mula baca sinopsis dia,aku macam tak suka sebab cerita ni pasal isteri nombor dua. Tapi bila tengok sinopsis tu macam Mia tak rela pun jadi isteri Zaliff, aku jadi nak tahu apa punca diorang jadi suami isteri.

SINOPSIS:

ASMYALIANA ARIFFIN... Dia tidak sangka nasib hidupnya berubah dalam sekelip mata. Terpaksa berdepan dengan ujian, Mya reda menjadi umi dalam sekelip mata, menjadi isteri tak dijangka. Demi menjaga maruah diri, dia harus mengkhianati dan melukai hati seseorang

Atas alasan itu, Mya dan ZALIFF MOHAMMAD disatukan atas ugutan Mya sendiri setelah dirinya dinodai lelaki itu. Biarpun sudah beristerikan NATRAH yang merupakan kakak angkat baik kepada Mya, pemikiran cetek Zaliff yang berlandaskan nafsu telah menyebabkan Mya dilanda kegelapan. FAZZY, si kekasih hati Zaliff pula menjadi penambah duka dan lara kepada isteri pertama Natrah dan Mya isteri kedua.
“Dalam sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan yang kedua adalah CD rakaman pencerobohan kau ke dalam rumah aku. Kau tengok dan kau analisis dulu okey? Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau nak aku jadi juri?” – MYA
“Kau nak ugut aku?” – ZALIFF
“Aku tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat laporan polis, agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain tak? Kau dapat tak kahwin dengan Fazzy?” – MYA
Itu cerita sebelum Zaliff menikahi Mya, selepas kahwin perasaan benci terhadap Zaliff mula menipis dan mula terdetik dalam hati Mya apabila layanan kasar Zaliff terhadapnya semakin berubah secara perlahan ke arah kebaikan. Namun, Mya sedar siapa dirinya kepada Zaliff.
“Helo, tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku.” – MYA
“Aku suami kau. Walau apapun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah dekat Songkhla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat pejabat agama. Kau kena ingat Mya, reda aku sebagai suami syurgalah tempat kau, murka aku sebagai suami, neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih, mana yang kau nak check-in?” – ZALIFF
Menjadi isteri kedua yang tak dijangka? Bersambutkah cinta? Bertautkah jiwa yang selama ini menjadi Tembok Besar China dalam hatinya? Bagaimanakah pula nasib Natrah yang menderita memendam rasa? Akankah ada penghujung cerita cinta tak dijangka antara Zaliff dan Mya?


MY OPINION:
Dari awal cerita aku dah rasa Zaliff ni loser, sebab perangai dia yang panas baran dan kaki perempuan tu, jumpa Mia pula siap tengking-tengking, tampar Mia lepas tuduh Mia kaki report pula. Simpati dengan Natrah,isteri Zaliff sebab Natrah ni sakit tapi terpaksa makan hati dengan perangai suami dia.
Tapi Natrah ni tak bagi tahu pula dekat Zaliff pasal penyakit dia, manalah Zalif tu nak tahu.

Aku suka tengok persahabatan Sara dengan Mia,macam adik-beradik kandung walaupun diorang tiada hubungan darah dan Sara yang tak sombong walaupun kaya dan seorang bos.


Part paling aku geram bila Zaliff ni tak rasa bersalah bila dia dah rogol Mia,tapi aku salute coz Mia ni berani berhadapan dengan Zaliff and siap ugut Zaliff tu lagi supaya bertanggungjawab. Smart girl....

Lepas Mia and Zaliff dah menikah, Zaliff dapat tahu makwe dia Fazzy kena tangkap basah, barulah Zaliff tu macam sedar sikit. Zaliff pun dah minta maaf dengan Natrah dan janji untuk berubah. 
Mia dapat tahu dia mengandungkan anak Zaliff disebabkan perbuatan Zaliff dulu,
Lepas Natrah meninggal,Zaliff cuba buka hati dia untuk Mia tapi Fazzy pula senyap-senyap ugut Mia. Yang penting akhir sekali Happy ending.......

Share on Google Plus

About DD MEZZ

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment